Blogger Backgrounds

Wednesday 5 October 2011

Peratus itu kuih ke? donut ke? jom kita lihat... =)

Definisi peratusan dalam alam ilmu matematik ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.

Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035. 

Banyak yang tertanya-tanya apakah kegunaan peratus dalam kehidupan seharian..



1. peratus digunakan untuk meletakkan harga tawaran di sesi jualan..
2. Selain itu, peratus juga kerap digunakan selepas exam untuk mengetahui markah setiap 
    individu..



Jom kita Lihat 'Wayang" yang Berkaitan dengan peratus..


























0 comments: