Blogger Backgrounds

Wednesday 5 October 2011

Peratus itu kuih ke? donut ke? jom kita lihat... =)

Definisi peratusan dalam alam ilmu matematik ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.

Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035. 

Banyak yang tertanya-tanya apakah kegunaan peratus dalam kehidupan seharian..



1. peratus digunakan untuk meletakkan harga tawaran di sesi jualan..
2. Selain itu, peratus juga kerap digunakan selepas exam untuk mengetahui markah setiap 
    individu..



Jom kita Lihat 'Wayang" yang Berkaitan dengan peratus..


























Perpuluhan itu sangat penting =)

Nombor perpulahan adalah salah satu sistem angka . Ia menggunakan sepuluh sebagai sistem asas. Perpuluhan berkait rapat dengan pecahan kerana ia mempunyai penyebut 10,100, 1000, 10000, dan 10. Namun, dalam perpuluhan ia menggunakan simbol (.)

1)    Penambahan Perpuluhan

    Perpuluhan adalah nombor pecahan. Perpuluhan 0,3 adalah sama seperti pecahan 3 / 10. Bilangan 0,78 perpuluhan yang mewakili 78/100.
    Menambah perpuluhan seperti menambah nombor lain.
    Sentiasa beratur titik perpuluhan apabila menambah perpuluhan.
    Jangan lupa untuk meletakkan titik perpuluhan di tempat yang sepatutnya dalam jawapan anda.

2)    Penolakan Perpuluhan

    Perpuluhan adalah nombor pecahan.0,3 perpuluhan yang sama seperti 3 / 10.Bilangan 0,78 perpuluhan yang mewakili 78/100.
    Menolak perpuluhan adalah sama seperti menolak nombor lain.
    Sentiasa beratur titik perpuluhan apabila menolak perpuluhan.
    Jangan lupa untuk meletakkan titik perpuluhan di tempat yang sepatutnya dalamjawapan anda.

Jadi..Apakah kegunaan nombor perpuluhan dalam kehidupan seharian?

1. Ehem2..nombor perpuluhan biasanya digunakan untuk menyukat isipadu air..
2. Selain itu, sistem perpuluhan juga digunakan untuk mencari ketinggian/berat seseorang. 

    Pautan :

    1.http://id.wikipedia.org/wiki/Sistem_bilangan_desimal
    2.http://www.youtube.com/watch?v=btb14aZRPuI&feature=fvst




Jom Menonton !!

Apakah itu pecahan? =)


1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
    adalah sama;

    Contoh:  ,  ,   dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a)     Pengangka - angka yang terletak di atas


b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah


5. Jenis-jenis pecahan:

    (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
        Contoh:  , 

    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
         Contoh:  , 

    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
          Contoh:   setara dengan 

    (iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.    
          Contoh:  ,     

Jadi apakah kegunaan sistem pecahan dalam kehidupan kita seharian?

1. Sistem pecahan penting untuk membuat kek. Hal ini kerana untuk membuat kek mestilah mengikut acuannya dengan betul.sebagai contoh : memerlukan tepung sebanyak 3/4 daripada 3kg..


2. Selain itu, untuk menentukan berapa jam di dalam kelas yang telah dijadualkan..contohnya: "Esok kelas BM berapa lama? 1/2 jam?"..








PAUTAN LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN PECAHAN =) 


  1. http://www.scribd.com/doc/58067649/Pecahan
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pecahan 
  3.  
     Menonton Sambil Belajar =)